|
|
Jul 14, 2004
Pada 11 Julai 2004, 9:30 Malam, Cuaca Sejuk kerana lepas hujan.....Aku dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Kuala Lumpur, hati yang keberatan meninggalkan rumah dan suami masih lagi terasa. Aku perlu banyak bersabar kerana inilah cabaran hidup, yang perlu kita banyak bersabar dan berkorban demi mencapai sesuatu kebahagian. Pabila sampai di dalam kawasan apartment, sku mendapati lantai di koridor dibasahi air, tetapi tidak kelihatan seperti basahan air hujan, jika diperhatikan betul-betul macam tumpahan air. Kenapa banyak kesan tumpahan air di sini? Apa yang telah berlaku? Aku tidak terus memikir hal tersebut, aku fikirkan mungkin budak-budak kat sini main air petang tadi. Aku pun terus menuju ke arah lif, keberatan beg aku membuatkan aku tak sabar untuk sampai dirumah. Tiba-tiba datang seorang kakak dengan mesra dia berkata" Susahkan kalau tak de air kat rumah, kena angkat air naik atas, seksa betul". Aku dengan selamber menjawap "Oh takde air ke petang tadi, patutlah basah lantai, tumpahan masa angkat air........" Dan aku tak sedar pun yang bekalan air telah tiada sejak 10 Julai 2004. Macam biasalah lepas aku sampai kat rumah, aku pun menyelerakkan barang-barang dalam beg aku di ruang tamu lepas tu, aku duduk rehat kat sofa sambil menantikan siaran drama 'thirt watch'. Tidak aku sedar telah pukul 10:30 malam, durian yang aku bawa dari kampung tak makan lagi, lalu terus aku capai bekas ais krim tu dan menikmati durian yang sedap tu. Selepas habis makan aku terus menuju ke dapur untuk membasuh tangan dan bekas tu, mengelakkan bau lekat pada halaman rumah. Buka pili, AHHHHHHH.....AIR TAK DE.......macam mana ni.....Dengan pernuh dengan kekecewaan, aku basuh tangan dengan menggunakan baki air dalam cerek. Sungguh tidak puas...........
bersambung.................
Posted at 02:52 pm by skin
Jul 9, 2004
Chips More Choclate where are you, I am craving for you since monday.......At last I have bitten you...Just full with chocolate chip...There are 50% extra chips...
After the choclate biscuit bite my mood go swing into....???? I also cant identify my mood now, just feel happy...lazy...not energized...want to jumping around and so on.....so on.....so on....just like not get enough bite of it, but I already finished the whole pack of that biscuit....Oh mama! where can I get more???? No way I gonna walk there to buy it, because is quite far from my work station....
I need to drink some water to dilute the craving....have to go now.............water, I need water..............
Posted at 10:51 am by skin
Jul 8, 2004
Usaha, Doa dan Bersabar Penawar Segala
Impian ibuku telah tercapai apabila dia dapat peluang untuk membina istananya. Telah 20 tahun dia menantikan ketibaan saat ini, dan ini merupakan perkara yang paling dinanti-nantikan. Walaupun aku sebagai seorang anak tapi aku tidak mampu untuk membantu beliau kerana tahap kemampuan aku amat rendah dan tidak stabil. Tetapi Allah telah memurahkan rezeki ibuku kerana niat, usaha, doa dan kesabarannya telah menjadikan impiannya satu kenyataan. Hati aku turut tumpang bergembira untuk ibuku. Ibu telah melalui banyak rintangan hidup yang bukan kehendaknya tetapi itu merupakan ujian Allah SWT, mahu tak mahu kena tempuhi jua dengan sabar. Insyallah, Allah akan beri apa yang dipinta oleh hambaNya. Sejak aku mengenali ibuku, aku mendapati ibuku tak pernah merasai kesenangan hidup seperti orang lain. Beliau tak pernah beli kain untuk buat baju baru untuk dirinya, tetapi beliau sering memenuhi kehendak anak-anaknya terutama sekali mengenai pelajaran. Beliau selalu mengingati anak-anaknya agar tidak membazir dan perlu selalu beringat pada Yang Maha Esa. Maka aku tidak pernah lupa akan pesan ibu ku, iaitu bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Oleh itu aku tahu tiada sesuatu akan datang dengan bergolek kerana setiap perkara yang kita inginkan pasti perlu kita berusaha dahulu sebelum kita mendapat hasilnya samada pahit atau manis perlu terima dengan bersyukur. Dengan itu, telah aku jadikan pedoman hidup ku, usaha yang bersusah-payah, pasti satu hari akan berbuahkan hasil, jadi aku tidak keluh untuk bersusah walaupun ada masanya aku tidak mampu, tetapi tak pernah aku berhenti usaha sehingga aku kecapi cita-citaku. Kekadang luahkan fikiran yang kusut pun boleh melegakan tekanan.
Tidak ibu ku meminta kekayaan, tetapi dia minta kemurahan rezeki. Kerana kemurahan rezeki itu termasuk kebahagian, kesenangan, kesihatan dan keamanan kehidupan beliau dan keluarganya. Amin.
Allah Maha Mendengar dan Melihat. Berdoalah kepada Nya kerana pasti Dia membantu.
Posted at 11:10 am by skin
Jun 30, 2004
Aku perlu beringat selalu
Hari isnin, masa pergi medical check up terlupa bawa buku rekod untuk medical check up, terpaksa patah balik ambik kat office tambang sebanyak RM 10 melayang. Pada malam yang sama, kecuaian aku menyebabkan cermin mata saya pecah. semalam pergi buat gantian cermin menghabiskan sebanyak RM100. Dua tiga hari ni, aku terpaksa memakai cermin mata yang lama, agak tidak selesa kerana rangka cermin tu telah bengkok. Maka tengok orang pun macam pening, dan kurang jelas dan tidak dapat tumpu perhatian sangat.
Setelah pulang dari medical check up hati aku kurang senang sebab berat badan aku naik secara tidak sekata (kenaikan yang mendadak). Hati aku takut nanti effect baby. Nurse tu suruh aku kurangkan karbohidrat, bila aku pikir balik rupa-rupanya bulan lepas aku banyak mengambil makanan seperti roti canai, bihun goreng, nasi lemak dan kuih muih yang digoreng.
Dahlah naik berat badan, patah pulak cermin mata aku...hai ujian datang bertubi-tubi. Tetapi aku lupa, setiap yang berlaku ada hikmah, kan aku kasi tau cermin mata aku patah, nasib baik aku ada cermin mata lama dan dapat digunakan pada masa ni. Yang ni pengajarannya ialah lain kali jangan letak cermin mata kat tempat untuk letak punggu seperti diatas kerusi, sofa dan lain-lain yang berkenaan. Pasal kenaikan berat badan pulak, Tuhan nak sedarkan saya supaya jangan makan jangan mengikut nafsu, tetapi perlu memikirkan khasiat untuk bayi dalam kandungan. Makan bukan semata-mata nak kenyang sahaja, tetapi perlu memikirkan khasiat dan kebaikan makanan tersebut.
Aku berasa bersyukur kerana doa aku telah diperkenankan oleh Allah swt. Sebenar segala yang berlaku kat aku bukan nasib malang tetapi merupakan pertunjuk Allah mengingatkan aku agar jangan lagi cuai menjaga barangan diri dan juga kesihatan diri. Sebab itu lah yang aku doakan setiap hari. Aku berharap masih tidak terlambat untuk aku membaiki kesilapan silam.
Sekarang aku perlu berhati-hati memilih makanan, cuba sedaya upaya mengambil makanan yang paling berkhasiat untuk baby aku.
Ingatkan buruk rupa-rupanya peringatan untuk aku yang mudah lupa, leka dan lalai....Alhamdullilah.
Posted at 04:13 pm by skin
Jun 28, 2004
The fifth month check up, everything is fine, the only problem is I am over weight......The nurse who check on me and compare on my medical history, she find out that I am gaining too much for this month. I just shock badly when she mentioned about my weight, my mind straight away pop out about to cutting out my meal. Firstly, is the carbohidrate, less rice, less bread, less oil, less sweet and other which is contact to the carbohidrate......Eat more fruit and vegetable. That means no more fried kueteow, fried noodle, fried banana, nasi lemak, roti canai, and etc that involved fried stuff....drink more water, take less carbohidrate. I thing thats all for today because I plan to figure out my new diet menus to let me score the goal.
Posted at 02:19 pm by skin
Jun 24, 2004
Kekering Kolam Tasik Teratai, Tapi Teratai Tak Layu Tapi Sempot Aje
Entah kenapa, hati rasa tak sedap, macam tak sedap badan, macam nak sakit perut....Bila cuaca mendung aku pun mendung sekali ngan cuaca kat luar tu...Hari ni aku nak tidur awal lagi sebab badan rasa amat letih dan menggantuk, dahlah hari ni makan tak cukup kenyang sebab duit aku dah habih....So start 24 hb nie hingga 24 hb Julai aku kena bertahan nafsu membelilah....sebab baru keluar gaji kolam dah kering sebab banyak sangat plan. Itu nak beli ini nak beli sampai tak cukup budget.
Hati tak sedap sebab duit simpanan masih tak cukup lagi, nanti baby dah keluar takut tak cukup duit saraan untuk si kecil tu. Sebagai mama pasti nak kasi semua yang paling best untuk baby, tapi aku tak leh nak abaikan kekasih aku seorang lagi tu....Dialah penawar aku selama ni....so birthday dia aku plan nak kasi dia satu set alat senaman yang agak mahal harganya (mahal buat akulah, kalau orang lain mesti kata murah aje, tapi aku tak kisah). Niat aku ialah menggalakkan dia mengecilkan kebuncitan perut dia tu, dan juga untuk kesihatan jantung dia jugak sebab dia tu jenis yang malas nak gi jogging. Kalau ada alat tu boleh lah aku suruh dia buat senaman dan dia pulak tak de alasan nak tolak permintaan aku itu....Hahahahaha...walaupun mahal tapi berbaloi...senaman adalah baik untuk semua...Anda bagaimana???
Posted at 04:35 pm by skin
Jun 23, 2004
Yum Yum....A big delicious 'Kuih Chang'. Yesterday was 'Kuih Chang' festival, it is one of the chinese culture celebration, actually not really a celebration, but it is a day to remember the death of a chinese great guy. I am not remember this guy is from which dynasti of China but I just remember his story. And his name was????? Ahhhh... forget it, I just can not recall back because I learn about his history when I was 7 years old...That is about 20 years ago. He already died more than 500 year, I think!!!!
During his life time, he is a great general, he is doing a great job and also very honour to his emperor and his people. Because among one of them hated his kindness and success, try to pull him down and destroy him from the emperor sight. So this bad guy spread a news about this great guy is trying to start up a compliance to destroy his emperor dynasti.
He want to proof his honour to his emperor and people, he suicide by jumped into a river, from that suicide he also proof that he is innocent. After his people know about his death, they are very sad and everyone is try to figure out how to avoid the river fish from eating his body. So they come out an idea by making a 'Kuih Chang' and throw it into that river where the great general suicide, and hope river fish will have a full bite of the 'Kuih Chang' and let the great general body stay there peacefully.
From that day, every year in the 5th day of the 5th month in chinese calender they will make the 'Kuih Chang' to remeber this great honour guy. But until today, I don't know how many people know about this matter. I am sorry my writing about this history are not really good but at least I can share something to all of my friends. Actually, in the chinese culture most of the event carry their own story. Some of the story is true but some of the story just a legend. Hope you all wil enjoy it.
Last weekend, I was at my hometown and having a big yummy 'Kuih Chang' with my mum, this year my mum successfully make a delicious 'Kuih Chang'. I enjoy until my last bite, and that is the last one left for me because all of my brother sister is a big eater. That luckily they left it one for me. I hope my mum can make extra next year. Just pity to my dear he only have half of it because he give the other half to me....
Posted at 09:44 am by skin
Jun 22, 2004
This day, I observed that Malaysian youngsters are not concern about their environment and people around them. Is it because of the education system is no longer applicable to this generation or teaching method that not suitable for them? Or can it be the attitude matter? What are they concern about, score A for all of the study subject? Is it A can bring them to further destination or just being a book worm. Are you among of them just want to be a worm either a human.
In Malaysia almost 90% of the citizen know who is Siti Nurhaliza, but you are 100% know by your family and friends. Actually, do you know who you are? For me you are somebody in your life. Why everyone always said I am no body for their world, just a loser, bad luck, ugly......etc. This type of word is irresponsible word which come from a coward. Beside that, there are some are A scorer, and get a good college or university for their further study to improve their knowledge and skill. However, they thought they graped all the great knowledge in this world but they never realize that they are lack of morality mind. Do you like me to give you an example? Let have a walk through the KL city, how about Pudu Raya, from there you can see rubbish bin at each platform stair but there are somebody still who are littering espeacilly the youngster. Next trip, we take a Star LRT to Masjid Jamek, and what you can see is the scene of educated human being who are wearing exclusive dresses are blocking the train door. You know why? They are not concern about others, or just use a simple word: selfish. In the train, there are no reservation sit for the old folks, handicap or pregnant lady, all the sit are reserved for hearth blindness only. After the train need to take a feeder bus to final station, where we need to queue to get into the bus, at that time I always remember my moral and my agama teacher said that we have to learn to respecting people, included respecting human right, as a good example is during in a queue, never or ever over take others people queue space. All the time you will reallize that youngster who are usually does that way, they are forgetting about respectation and concern to the environment and also to our same kind. They are highly educated group of people, but they are lack of consideration thought or more simple word for it is: brainless and heartless. All of the scenes that I watch everyday make me feel sad and lack of warmest of human being to each others. But I believe that there are someone out there are still concern, let us bit the the brainless and hearthless group and gain back the human warmest to our culture and community.
Posted at 11:23 am by skin
Jun 18, 2004
Posted at 11:37 am by skin
Jun 14, 2004
  Lawa tak screen saver aku...comel kan....
Seronoknya balik kampung. Pagi nie, sampai aje kat office terdengar berita mengenai cleaner office (Nepalian) kena rompak oleh sahabat yang dikenalinya. Kerugian yang dialami ialah anggaran wang tunai Seribu USD, sebiji handphone dan lain-lain barangan yang telah dibeli untuk isteri dan anak-anak di kampung (Nepal). Cleaner ni, bekerja di office saya, orangnya jujur dan rajin. Dia tidak pernah merunggut walaupun ada sesetengah orang suka menyusahkan dia. Hampir semua office mate aku suka kat dia sebab, dia sangat amanah. Walaupun barang-barang kita orang bersepah kat office dia tak pernah ambil kesempatan terhadap harta kitaorang. Selain itu, dia juga rajin membuat kerja, setiap pagi aku sampai aje kat meja kerja aku, meja aku mesti sentiasa putih dan bersih. Sebelum kita orang semua sampai dia dah hampir siap semua kerja pembersihan. Tapi, kerajinan dia masih ada orang suka berkomplain pasal hal-hal yang remeh. Aku mengetahui dia akan habis kontrak dan pulang ke negaranya tidak lama lagi. Kegembiraan dia telah dilanda kesedihan, setelah wang dan barangan dirompak oleh kawan dia. Bersusah payah dia berkerja di sini dengan meninggalkan isteri dan anak di kampung halaman, kemudian datang seseorang yang dikenali menceduk hasil dia dengan begitu rakus dan tidak berperikemanusiaan. Hilang segala keceriaan pada muka dia, hanya tampak kepiluan. Aku dan rakan-rakan hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap dia dan tidak daya hendak berbuat apa-apa.
Dalam minda aku berfikir sebentar, Allah Maha Berkuasa, segala kesenangan dan rezeki adalah pemberian daripada Yang Esa, Allah berhak menarik balik segala-galanya jika dihendakinya, dan Allah juga akan beri segalanya pada semua hambanya dengan kehendakNya. Maka hendaklah kita peringat setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya kita perlu bersabar dan bersyukur walaubagaimanapun keadaan kita sekarang kerana kita harus sedar bahawa diluar sana ada yang lebih menderita daripada kita. Alhamdullilah. Walaupun, aku berjauhan dengan keluarga dan suami tersayang tapi aku masih mampu bertahan kerana aku tahu satu hari nanti Allah pasti akan beri peluang aku pulang kesana untuk menjaga mereka. Insyallah. Kawan-kawan aku, teruskanlah perjuangan kamu semua kerana pasti satu masa kamu semua akan menerima kemenangan. Kerana segala ujian Allah perlu dihadapi dengan usaha, kesabaran, kesungguhan, doa dan ketabahan. Insyallah, pada satu ketika kita berupaya mendapat keredhaan Allah. Amin.
Berita best pulak, mengenai tawaran KPLI telah ada dipasaran, dengan mengambil kesempatan disini saya ingin mengucapkan selamat mencuba untuk rakan-rakan aku semua, aku doakan korang semua akan dapat tawaran tersebut. Kalau dapat tawaran nanti, aku belanja korang semua makan plus with bacaan doa selamat dalam perjuangan. Selamat Mencuba. Happy-happy....jangan lupa berusaha bersungguh-sungguh.
Posted at 09:59 am by skin
|
|
|